• BANNER WEB MEDC 16
  • BANNER WEB PRA SEMINAR

SEMINAR MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 2016.

" Guru Berkualiti Pencetus Pendidikan Bermutu "

TARIKH : 13 -15 NOVEMBER 2016
TEMPAT : TH HOTEL PENANG, JALAN DATO' ISMAIL HASHIM, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

Seminar ini adalah seminar berkala dalam bentuk tahunan anjuran Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (UA). Penganjuran kali ini merupakan giliran USM sebagai tuan rumah bagi Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan UA bagi tahun 2016.

Tema Seminar pada tahun 2016 ini adalah " Guru Berkualiti Pencetus Pendidikan Bermutu " , dan sub-tema bagi Seminar ini adalah mengikut bidang berikut:-

  • Merealisasikan Pendidikan Abad 21 melalui Inovasi dan Teknologi Pendidikan
  • Memantapkan Kurikulum dan Pedagogi dalam mendepani pendidikan abad ke 21
  • Polisi dan Amalan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan terkini
  • Pemerkasaan Pendidikan Khas/Inklusif
  • Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Penilaian dan Pentaksiran Pendidikan Abad ke 21
  • Bidang Pendidikan yang berkaitan

Dengan segala hormatnya kami menjemput semua untuk menghantar abstrak sebelum  15 September 2016.

OBJEKTIF SEMINAR

Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan UA 2016 dilaksanakan untuk mencapai objektif:

  • Menyediakan wacana perkongsian idea dan jaringan kolaborasi dalam kalangan pengamal pendidikan, penyelidikan dan ahli akademik
  • Memantapkan simbiosis kepakaran pelbagai bidang dalam meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan negara
  • Memperkasa pelaksanaan kurikulum dan pedagogi dalam pendidikan abad ke 21
  • Memupuk tingkah laku inovatif dalam kalangan bakal pendidik